BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

aku aDa...kaU aDa...

Isnin, 25 Jun 2012

Bila dah SAYANG, Jangan Lukai Saya....♥ ♥ ♥

Jodoh itu RAHSIA ALLAH...
Yang tertulis di Luh Mahfuz semua rahsia NYA yang takkan terungkai tanpa izin NYA...

Bismillahirahmanirrahim....

JODOH ITU RAHSIA ALLAH
Sekuat mana kita setia,
Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dia,

♥ ♥ Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersamanya..
       Kita tetap tidak akan bersamanya ♥ ♥


Sayang, terima kasih untuk kasih sayang dan kesabaran awak...
Semoga Allah menulis jodoh kita bersama...
Semoga segala dugaan dapat kita hadapi bersama...
Terima kasih.....love you....♥ ♥

1st hangout @ Stulang, Johor

 
Bila ada yang sayang... Jangan lukai hatinya...
Bila ada yang cinta...Jangan kamu titiskan air matanya..
Bila ada yang menanti..Pastikan kamu kembali...
Bila ada yang setia.. Lakukan yang sama..
Bila dia pergi...Pergilah kejari selagi merasa dia bererti...
Kerana bila dia tiada di sisi...Kamu akan sunyi dan sepi...



Ahad, 17 Jun 2012

♥♥ Kasih Tak Sampai ♥♥

Indah..
Terasa indah..
Bila kita terbuai dalam alunan cinta..
Sedapat mungkin terciptakan rasa..
Keinginan saling memiliki

Namun bila,
Itu semua dapat terwujud
Dalam satu ikatan cinta
Tak semudah seperti yang pernah terbayang..
Menyatukan perasaan....

Tetaplah menjadi bintang dilangit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini,
Agar menjadi saksi cinta kita
Berdua...
Berdua..

Sudah..
Lambat sudah...
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan ini

Menjadi saksi kita berdua...........


< Cinta Untuk Awak Bie Syg >


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua itu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu saja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mau berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.



Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Ahmed Jumhairy Shariff ~ Saya Sayangkan Awak ♥

Bismillahirrahmanirrahim....

Ahmed Jumhairy Shariff,
Maafkan saya melukakan awak sebagai orang yang saya sayang...
Tak pernah dalam hati saya nie nak melukakan hati awak sebagaimana yang saya buat sekarang...
Sepanjang dengan awak, banyak perkara yang membahagiakan saya...
Ape pun orang katakan pada saya tentang awak, saya faham...
Sebagai manusia, kita tak sempurna...
Ketidaksempurnaan awak saya terima..
Kekurangan awak saya harap saya dapat lengkapi...
Macam tu juga dengan saya...
Saya manusia biasa..tak sempurna...banyak kekurangan...
Kadang kala, saya terpaksa melukakan hati awak..
Bukan kerana sengaja...tetapi atas sebab-sebab...
Saya tak pasti bila akan berakhir...cuma saya sentiasa berdoa semoga semua nya dalam keadaan baik...
Maaf sayang...
Saya sentiasa ingat " Aishiteru "...
Saya masih lagi berpegang pada kata-kata saya " Dengan izin Allah, awak akan tetap selalu dalam hati saya "...
Saya tunggu saat Allah bagi saya jalan..
Saya tunggu saat Allah satukan kita....
Saya tunggu semua saat untuk kita...
Tapi....

Kalau ditakdirkan tiada jodoh antara kita...saya faham..
Saya redha....Saya pasrah....
Cuma saya nak awak tau...

Saya bersyukur awak pernah mencintai saya...
Saya bersyukur sebab dapat mencintai awak...





Isnin, 5 Disember 2011

Is it true YOU LOVE ME ????

awak kata awak menyintai saya.
benarkah?
benarkah awak menyintai saya, tapi mengapa awak biarkan air mata saya mengalir?
awak kata awak sayangkan saya.
benarkah?
benarkah awak sayangkan saya, tapi mengapa hati awak milik orang lain?
awak kata awak taknak saya sedih.
benarkah?
benarkah awak taknak saya sedih, tapi mengapa hanya tipu yang awak lakukan?
awak kata awak sukakan senyuman saya.
benarkah?
benarkah awak sukakan senyuman saya, tapi mengapa awak buat saya kecewa?
awak kata awak tunggu saya.
benarkah?
benarkah awak akan tunggu saya, tapi mengapa awak mencari yang lain?
awak kata awak akan selalu ada untuk saya.
benarkah?
benarkah awak akan selalu ada untuk saya, tapi mengapa awak menghilangkan diri?
awak kata awak milik saya.
benarkah?
benarkah awak milik saya sedangkan awak milik Allah?


" Jika seseorang perempuan itu hancur hatinya, dan kemudian dia redha...
          " Allah akan menyayanginya dengan setiap serpihan hatinya yang hancur itu "

~ Amin ~

Selasa, 4 Oktober 2011

~ Cinta Teragung 'vs' Hatimu Milikku ~

©©© Cinta Teragung ©©©

Maafkan aku
Sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua
Isi hatiku

Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba
Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Sejenis perasaan ku abaikan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta teragung darimu
 

©©© Hatimu Milikku ©©© 

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini



p/s : Anna Ross in MooD : jiwang-Jiwang & Cintan cintUn....


 



 

Isnin, 19 September 2011

Nilai Hantaran Masa Kini.......Dunia Oh Dunia !!!
Habis la kamu2 wahai kaum Adam...
Silap-silap ramai je tak kawen...hihihi

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung
(TAK TERMASUK CUKAI 6%) :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000
 
ni dengar-dengar nya belum lagi barang-barang hantaran....
boleh bengkok wooooo...

Terimalah Saya Seadanya Saya....

~ Buat KAMU ~

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK

tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…


Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa

Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT

Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL

Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?


Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti,
Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”