~ Buat KAMU ~
Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata
kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula
kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada
seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA
begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan
bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
selagi dia masih mengingati kamu…
Jika kamu MENADAH air biarlah
berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan
menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU
sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK
tidak sukar untuk kamu menampal dan
memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu
sahaja…
Begitulah juga jika kamu sedang memiliki
seseorang….TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah
sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke
akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia
begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu
sahaja…
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri
kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?
Kerana terlalu ingin mengejar
KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak
boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL
Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan
seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada
dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan
MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba
MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan
KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada
gunanya lagi
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar
KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang
sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN
orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia
biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…
itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti,
Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”

0 ulasan:
Catat Ulasan